Media Massa Putar Alam Lagi Pasal Trengganu
Sebagaimana yang didedahkan dalam tulisan saya yang lalu, UMNO khususnya melalui
Menteri Agamanya Hamid Othman, telah memutar-belit dan mengeksploitasi dengan jahat
berita berhubung lesen menjual arak di Trengganu dengan tanpa malu menyatakan bahawa
langkah yang dilaksanakan di Trengganu itu tiada bezanya dengan langkah yang diambil
di Pusat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Negeri YB Hj.
Wan Abdul Mutalib Embong telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah
memperbaharui 8 lesen perniagaan arak di Trengganu iaitu dua masing-masing di Kuala
Trengganu, Dungun dan Kemaman dan satu masing-masing di Marang dan Besut. Ini
bermakna cuma di premis-premis tersebut sahaja dibenarkan masyarakat bukan Islam
membeli/meminum arak dalam keadaan yang terkawal bagi seluruh negeri Trengganu.
UMNO
melalui akhbar-akhbar perdananya tanpa sebutir maruah pun telah mencedok dan
memberikan penghuraian yang menyeleweng terhadap tindakan ini. Kebanyakan
akhbar-akhbar mereka termasuklah yang berbahasa Inggeris telah memberikan maksud:
“Trengganu
approves 8 NEW liquor licenses.”
Perkataan “NEW” digunakan bagi
menunjukkan kononnya kerajaan negeri PAS telah meluluskan 8 lagi lesen baru selain
dari yang telah sedia ada dilulus oleh kerajaan UMNO dahulu.
Sedangkan yang
sahih sepatutnya :
“The State government had renewed ONLY 8 licenses for
selling liquor”
ataupun kerajaan negeri CUMA memperbaharui 8 lesen SAHAJA
bagi menjual arak di seluruh negeri Trengganu.
Tiada satu akhbar tempatan pun
kemudiannya yang bertanggungjawab memperbetulkan laporan mereka. Setelah puas mereka
menabur fitnah, tanpa apa sekali maruah dan etika, mereka pakat diam membisu,
termasuklah Menteri Agama yang menjuarai berita fitnah tadi. Kalau kita teliti
akhbar The Sun hari Ahad baru-baru ini (9/4/2000) mukasurat 5 di bawah tajuk:
“Reconsider
pub closure decision Trengganu government urged”
barulah terdedah fakta
sebenar. Berita tersebut cuba meluahkan keresahan peniaga-peniaga araka di
Trengganu, namun dicelah-celah keluh-kesah itu terdedahlah maklumat yang sahih. Di
laporan tersebut dimuatkan bahawa kerajaan negeri telah sebenarnya menutup lebih 20
premis bar, pub dan pusat karaoke di seluruh negeri berkuat-kuasa 1 April lalu
termasuklah 11 di Kuala Trengganu sahaja. Ini menunjukkan kerajaan PAS di Trengganu
telah mengambil langkah berani mengurangkan bilangan premis menjual arak kepada
bilangan yang sekadar cukup menampung warganya yang bukan Islam yang sememangnya
dijanjikan oleh Islam kebebasan meminumnya. Oleh itu bagaimana pula boleh disamakan
tindakan ini dengan langkah yang diambil oleh kerajaan Pusat.
Pusat yang
turut dianggotai kabinetnya oleh Menteri Agama anak Sik itu telah memberi lesen
kepada kilang-kilang arak (kilang Carlsberg di Shah Alam adalah pengeluar arak
terbesar di rantau sebelah sini), membenarkan pula syarikat-syarikat arak tadi
diapungkan sahamnya di BSKL sehingga bebas sahamnya itu dimiliki oleh sesiapa sahaja
termasuklah syarikat dn individu Muslim sekalipun. Kilang-kilang ini pula bebas
mengambil pekerja-pekerja Islam malah ada kilang arak di Jalan Klang Lama mempunyai
surau di premisnya untuk pekerja-pekerja Islam beribadat, lori-lori membawa minuman
haram itu ada yang dimiliki dan dipandu atau dikelendankan oleh orang-orang Islam
tanpa sebarang sekatan.
Di pub-pub, bar-bar, pusat-pusat karaoke, hotelhotel, restoran-restoran dan pesawat
MAS pekerja-pekerja, pelanggan-pelanggan dan peramugari-peramugari Islam secara
bebas menghidang minuman haram ini atas permintaan pelanggan dan arak tadi pula
bebas dijual dan dibeli oleh orang Islam. 7 Eleven contohnya yang dimiliki oleh
syarikat kerabat di Raja Negeri Sembilan dan Hard Rock Café di KL yang miliki
bersama oleh anak-anak Melayu termasuk kerabat di Raja Selangor (yang didoakan agar
selamat oleh khatib-khatib Jumaat seluruh Selangor) menjual dan menghidang arak
secara bebas. Apakah tindakan Menteri Agama? Buta dan tulikah Menteri tersebut dalam
hal ini? Atau masa dan aktivitinya tertumpu pada mencanai dan menabur fitnah bagi
menyekat dan menghalang kemajuan Islam di negara ini!
Kembali dan bertautlah
pada yang sahih dan benar. Kembalilah kepada perlaksanaan Islam yang syumul dan
hentikanlah dari bersandar maklumat kepada lulusan agama yang bertopengkan agama
untuk kepentingan perut mereka masing-masing. |